Search

Pengenalan Kepada Ilmu Tauhid

Apakah yang dimaksudkan dengan Tauhid?

Tauhid berasal dari perkataan "Wahhada" "Yuwahhidu" "Tauhidan", yang berarti mengesakan atau keesaan.

Ilmu tauhid pula adalah merupakan suatu ilmu yang membahaskan tentang sifat-sifat Ketuhanan dan af 'al-Nya yakni perbuatan-Nya. Selain daripada ilmu tauhid, antara lain ia juga dikenali dengan nama ilmu Sifat atau ilmu Kalam atau ilmu Usuluddin. Ilmu tauhid ini asas di dalam agama Islam dan menjadi induk kepada semua ilmu-ilmu yang dibangsakan kepada Islam.

Tempat ambilan atau asal ilmu tauhid ini ialah dari Al-Quran dan As-sunnah. Diantaranya ialah firman Allah di dalam Surah Al-Baqarah ayat 163 yang bermaksud:
"Dan bermula Tuhan kamu itu ialah Tuhan yang satu, tidak ada Tuhan melainkan Ia, Yang Pemurah lagi Penyayang"

Dan lagi firman-Nya dalam Surah Muhammad ayat 19 yang bermaksud:
"Maka ketahuilah bahwasanya tiada Tuhan melainkan Allah"

Hukum mempelajari ilmu tauhid ini adalah fardhu 'ain ke atas setiap orang Islam yang mukallaf serta mendirikan dalil akli dan nakli sekurang-kurangnya secara umum.

http://rahsiailmu.blogspot.com

0 komentar: